Monday,September 19 2011~
~Adik angkat kesayanganku~
Hai Bloggers semua! Harap korang semua sihat-sihat belaka dan bergembira mengunjungi rumah terbuka yang diadakan sempena Hari Raya Aidilfitri kali ni.Dah berapa lama agaknya aku tak mengunjungi blog ni ya? Fuhh,semuanya sibuk punya pasal.Apa-apa hal,I'm back for a while,huhuhu~
Macam mana dengan background dan header aku ni? aku harap korang semua akan cakap 'cantik' ataupun 'boleh tahan'.Perkataan 'tak lawa' dilarang sama sekali tau,haha.(bergurau aje. ;P) Kalau korang nak tahu,background ni dicari oleh adik angkat kesayangan aku.Biasalah,aku ni memang still mentah lagi bab-bab blog ni jadi aku memang perlukan pertolongan orang yang lebih mahir.Header pula,aku yang cari sendiri.Memandangkan minat aku pada Roxas ( rujuk kat google kalau tak kenal ._. ) masih lagi membara ( sebab dia cool >:U ) jadi aku memutuskan untuk gunakan header ni sekaligus memantapkan lagi tema blog aku kali ni iaitu.. BLUEEE ( Korang jangan fikir benda lain pulak,huhuhu~ )
~Gado Gado Gado tak habis~
Hah,aku gaduh lagi dengan adik aku untuk kali yang ke berapa ratus entahlah.Memang ajaib kalau aku dapat kira semua tu.Aku bukan nak mengumpat adik aku sendiri tapi terus terang aku cakap,dia ni memang sengal. ( Aku tak peduli pun kalau dia baca ni >:U ) Dia memang mentah lagi pasal cinta! Kadang-kadang aku pun tak faham kenapa aku risaukan dia dengan ''.....' dia.Padahal umur dia dah 16 tahun beb! [Cepatlah matang sikit dan cari jalan untuk buatkan si Dia kau tu gembira! >:U ] <-- (Nota khas untuk Sora Strife aka Hibari Kyoya)
~krisis krisis kris..~
Keluarga aku tengah alami krisis yang dahsyat.Memang aku tak pernah sangka drama kat televisyen yang aku selalu tengok tu akan terjadi kat keluarga aku sendiri.Takut,risau,risau..adei,berapa kali agaknya aku termenung dalam sehari semata-mata sebab fikirkan masalah ni.Mak aku dah naik risau tengok aku asyik termenung ( padahal aku lagi risaukan dia Dx ) Perghh,aku harap aku takkan terkena sindrome kemurungan melampau sampai jadi gila..erk,mintak jauh,amiin ~ Labels: My "Perfect" Life