Wednesday,August 17,2011~
~Coret-coret 01~
Buat pertama kalinya aku dengan sengajanya 'terbeli' komik seram keluaran gempak starz yang terbaru,"Sumpahan anak patung".Aku pun tak faham kenapa aku ada hati nak beli komik seram-seram macam ni sedangkan aku ni boleh la juga dilabelkan sebagai separuh penakut.Komik ni boleh tahanlah jugak seramnya tapi, tak adalah sampai terbawa-bawa dalam mimpi(tak taulah pulak kalau budak-budak yang baca).Justeru itu,jika anda berminat dengan cerita seram atau kisah dari alam angker,anda boleh mendapatkan buku ini di pasaran sebelum kehabisan kerana buku ini sememangnya boleh menakutkan lelaki yang berumur 16 tahun dalam masa 15 minit dari awal pembacaan. :DLabels: My "Perfect" Life