Sunday,August 07 2011~
~Flu ke?~
Hari jumaat yang lepas aku tiba-tiba aje muntah-muntah.Yang menjengkelkan tu,aku muntah kat dalam kereta + depan kawan kakak aku! Pergh,rasa malu tu memang ada tapi rasa seksa tu dah menandingi rasa malu macam meter point cinta kat dalam televisyen tu.Bila dah rasa seksa macam tu,apa benda pun dah tak kisah.Betul tak? Lebih-lebih lagi kalau aku dah termuntah nak dekat 3 kali dan waktu tu aku dah terfikir nak masuk hospital..
~jahat ke aku?~
Sabtu,6 Ogos 2011,aku memang rasa tak sihat dan aku melayan kawan-kawan aku kat fb ala kadar aje. e.e Sedikit-sebanyak aku berasa agak serba-salah tapi nak buat macam mana? e.e
Lagipun,aku dah berikrar aku akan cuba jadi ceria dan dalam masa yang sama 'tak ada emosi' sebab aku dah serik.Aku tak nak ada orang yang meluat kat aku lagi walaupun adik aku selalu cakap,'jangan peningkan kepala kau fikirkan pasal orang lain'. e.e
~Bla Bla e.e~
Err,apa lagi ya? aku dah tak ada topik dah nak ceritakan kat sini.Hidup aku ni bukannya warna-warni macam cerita 'enchanted' tu.Tapi aku memang minat cerita tu pun.Cerita Beauty and the Beast tu pun best jugak.Cinderella,Snow White,Sleeping Beauty,Rapunzel, pergh..berapa banyak cerita dongeng yang ada kat dunia ni la. e.e
Labels: My "Perfect" Life