-Ahad,10 Julai,2011-
~Blood,I hate you!! ~
Ayah aku hari ni dengan rasminya "memaksa" aku mengambil course yang paling aku benci dan fobia.Nursing! Ketakutan dan kefobiaan aku terhadap darah memang dah masuk ke tahap kritikal.Lebih-lebih lagi tengok luka sikit pun aku dah rasa nak pitam..apatah lagi nak menghadap darah yang dah tentulah tak dapat aku bayangkan kalau aku ambil course tu.Yang pasti,aku akan pitam.Confirm! :p
~Bergaduh lagi..~
Aku dan adik aku bergaduh lagi.3 kali dalam sehari! Sebabnya? Benda yang remeh-temeh.Aku cuba bersabar dan diamkan diri aje tapi perangai dia yang tak tahu bertolak ansur membuatkan aku "meletup" balik.Aku benci kalau terpaksa marah-marah macam tu..
Kemarahan yang aku pendam akhirnya bertukar menjadi kata sindiran.Bukan itu aje,aku dan dia berbahas pasal subjek akaun dan AHR.Seriously,dia terlalu sombong! Perangainya yang terlalu megah dengan kedudukan "kelasnya" di sekolah membuatkan aku geram.Manusia tak boleh terlalu megah dan berpuas hati dengan sesuatu keputusan tu aje! Mereka hendaklah sentiasa berusaha dan untuk mendapatkan keputusan yang lebih bagus!
Itulah yang aku cakapkan selepas kami berbahas buat seketika dan sebaris ayat tu cukup membuatkan dia terdiam.Sungguhpun kami bergaduh,aku tetap puji sikapnya yang cuba untuk berbaik dengan aku semula setiap kali kami "bertengkar".That is why I love you little brother.. :)
Labels: My "Perfect" Life