Wednesday,July 13 2011 ~
Mood aku hari ni kacau-bilau.Gembira,sedih,stress,dan yang terkini,marah.Marah? bukannya aku marah sangat pun.Mungkin sebab aku terlalu sukakan dia jadi,perasaan marah tu seolah-olah macam daun kering ditiup angin.Aku mengaku bukan dia yang aku marahkan tapi Dayana.Siapa Dayana? Diari oh Diari..bolehkah aku percayakan kau? Kau izinkan aku menulis di sini,membiarkan setiap helaian "tubuh" kau diconteng dengan dakwat berwarna hitam.Kau izinkan aku berada di sini dan justeru itu,aku izinkan kau membaca setiap rahsia yang terbuku di hatiku.Aku ingin berterus terang bahawa perasaan marah aku pada Dayana lebih ke arah "cemburu".Cemburukah aku? terlalu banyak persoalan yang bermain-main di fikiran aku sampaikan..aku dah tak sanggup lagi berdepan dengan semua ini.Tetapi,tak semudah tu untuk aku mengalah.Aku mahu hatiku sekuat Sumaiyyah.Dan aku mahu menanamkan rasa cinta yang mendalam terhadap Allah S.W.T dan Rasullulah S.A.W..sesungguhnya aku tak mahu leka dengan "cinta" dunia..
Labels: My "Perfect" Life