Saturday,August 27 2011 ~
~Coret-coret 4~
Esok aku akan pulang ke kampung halaman.Wohoo! pergh,macam la aku akan menjerit macam tu.Sebelum balik,aku dah memastikan semua benda-benda berharga yang boleh selamatkan aku ketika berada kat sana tersimpan dengan kemas.Satu minggu bukannya sekejap betul tak? Hari Raya juga bererti aku akan 'berperang' sekali lagi dengan sepupu aku yang 'tak boleh blah',Iskandar ataupun nama glamernya "IS", apa-apa ajalah.Budak ni memang musuh ketat aku dekat Daerah Jitra.Aku akan pastikan dia terima balasannya tahun ni sebab lontar mercun kat aku tahun lepas.Nasib baik aku tak masuk hospital,kalau tak,memang nak kena cekik mamat ni..huhuhu~Labels: My "Perfect" Life
Sakura saku maiochiru
Nani mo nai boku no te no ue
Hakankute yasashikute
Kowaresou kimi mitai na hana=(the sakura blossoms, it flutters down, on my hand where there's nothing)
=(fleeting and gentle, I'm afraid it might break, the flower that is just like you)
Itsumo no kaisatsu wo
Surinuketeiku ano ko wa sou
Kagayaku me wo shite
Mainichi nanika tsukami totte yukun da
=(that child who slips through the gates as usual)
=(grabs ahold of something each day with shining eyes)
Boku wa to ieba
Nani mo nai mainichi kurikaeshite
Hieta kokoro motte sa
Hana hiraku shunkan sagashite me wo tojiru
=(for me, I repeat nothingness every day)
=(and with a frozen heart, I close my eyes looking for the moment when the flower would blossom)
Sakura saku maiochiru
Nanimonai boku no te no ue
Hakankute yasashikute
Kowaresou kimi mitai na hana=(the sakura blossoms, it flutters down, on my hand where there's nothing)
=(fleeting and gentle, I'm afraid it might break, the flower that is just like you)
Yogoreta supaiku nara
Kokoro no oku nishimaikonda
Kore de iin da yo to
Sugiyuku haru no nigemichi sagashiterun darou
=(I put away the dirtied Spike deep inside my heart)
=(you're searching for the spring's escape route, saying that「this will do」, aren't you?)
Nakushite akirameta boru
Mitsukete kureta no wa kimi deshita
=(the Ball I lost and gave up on ; )
=(it was you who found it for me)
Haru ga kuru sakihokoru
Gurando ga kaze ni yureru
Fumishimete nakidashita
Koboresou kimi mitai na hana
=(the spring comes, blossoms and prides, the Ground sways by the wind)
=(stepped on firmly, burst out crying, looks like it might overflow, the flower that is just like you)
Koko ni aru wasuremono
Tori ni kita boku no te no ue
Hakanukete yasashikute
Kowaresou kimi mitai na hana
=(I have come to retrieve the lost article that is here, on my hand)
=(fleeting and gentle, I'm afraid it might break, the flower that is just like you)
Labels: "Songs"
Friday,August 26 2011~
~Coret-coret 3~
Bila bercakap tentang "Hari Raya", apa yang terlintas di fikiran aku ni cumalah sekadar hari "ziarah-menziarahi" sanak-saudara yang dah berbulan tak berjumpa.Kalau korang ada pendapat yang berlainan dengan Nurey,itu terpulanglah ya? Sebab apa Nurey cakap macam ni? Haa,add lah Nurey kat facebook dulu ya? sekian.Apa-apa sekalipun,Nurey ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat bloggers semua.Semoga hari raya tahun ni berlainan dari hari raya sebelum-sebelum ni. ;)
Labels: My "Perfect" Life
Thursday,August 25 2011~
~coret-coret 2~
Minggu yang teruk bagi aku.Bukan aje laptop rosak dengan alasan yang agak mengarut tetapi juga minggu ni merupakan minggu yang sangat 'sepi' bagi aku.'Sepi' macam mana tu? Susah aku nak ceritakan kat korang sebab kesudahannya nanti aku cuma akan dilabel sebagai 'Minah Blues',haha.Terus-terang aku dapat rasakan tahun ni takkan sama macam tahun-tahun akan datang.Naluri aku ni memang boleh diharap 'kadang-kadang'.Aku dah ambil keputusan nak berterus-terang dekat 'dia' tentang orang yang aku suka semalam.Walaupun dalam hati, aku rasa bersalah dan takut apa reaksi dia,aku tetap kuatkan hati.Aku tak nak jadi penipu lebih-lebih lagi pada orang yang sukakan aku.Tapi,aku langsung tak sangka yang 'dia' memang berbeza dari lelaki lain,mungkin.Dia cuma diam dan mendengar.Dia langsung tak marah atau berikan reaksi yang mengarut.Ya Allah..dia memang buatkan aku keliru..Labels: My "Perfect" Life
Wednesday,August 17,2011~
~Coret-coret 01~
Buat pertama kalinya aku dengan sengajanya 'terbeli' komik seram keluaran gempak starz yang terbaru,"Sumpahan anak patung".Aku pun tak faham kenapa aku ada hati nak beli komik seram-seram macam ni sedangkan aku ni boleh la juga dilabelkan sebagai separuh penakut.Komik ni boleh tahanlah jugak seramnya tapi, tak adalah sampai terbawa-bawa dalam mimpi(tak taulah pulak kalau budak-budak yang baca).Justeru itu,jika anda berminat dengan cerita seram atau kisah dari alam angker,anda boleh mendapatkan buku ini di pasaran sebelum kehabisan kerana buku ini sememangnya boleh menakutkan lelaki yang berumur 16 tahun dalam masa 15 minit dari awal pembacaan. :DLabels: My "Perfect" Life
Friday, August 12, 2011~
~coret-coret~
Baru-baru aku rasa aku macam dah kehabisan idea nak 'berbakti' dalam blog ni.Nak menaip pun rasa malas.Hehe.Sikap ni memang tak bagus.Kalau dulu aku memang rajin menulis tak pun mencipta cerpen baru tapi sekarang ni aku dah mula rasa malas padahal dulu punyalah aku beria-ria sangat nak cari jalan menulis cerpen aku dengan gaya 'menaip' sebab kalau menulis guna tangan punyalah penat.Tapi, macam Dr.Mahathir pernah cakap, 'Melayu mudah lupa'. Hah,akulah tu.Baru-baru ni jugak, aku dapat rasa perubahan ketara 'lelaki' tu.Kalau dulu dia memang ceria dan kelakar habis tapi sekarang ni dia dah tak nampak macam tu.Aku pun tak faham sangat sebenarnya dan aku tak rasa disebabkan "DH" dia jadi macam tu.Ataupun cuma aku aje yang ikutkan perasaan sangat padahal dia ok aje? Tipulah.Mungkin dia boleh tipu semua orang tapi bukan aku.Aku memang tak sangka dia boleh sembunyikan perasaan dia macam takde apa-apa.Dalam hati,aku cuma mampu berdoa aje supaya dia gembira sentiasa.Amin.Petang tadi aku menengking adik lelaki aku yang dah berumur 16 tahun tapi perangai still macam budak-budak.Huh,kemarahan aku berasas dan aku tak pernah rasa marah macam tu sebelum ni kat dia.Lebih-lebih lagi kami 'bertegang-urat' sejak hari selasa yang lepas dan baru semalam aje berdamai (kot).Kalau diikutkan hati,nak aje aku 'hack' akaun dia dan ubah status dia tu jadi 'single.'Bukannya susah pun nak hack kalau masing-masing dah 'save' password.Huh..
Labels: My "Perfect" Life
Sunday,August 07 2011~
~Flu ke?~
Hari jumaat yang lepas aku tiba-tiba aje muntah-muntah.Yang menjengkelkan tu,aku muntah kat dalam kereta + depan kawan kakak aku! Pergh,rasa malu tu memang ada tapi rasa seksa tu dah menandingi rasa malu macam meter point cinta kat dalam televisyen tu.Bila dah rasa seksa macam tu,apa benda pun dah tak kisah.Betul tak? Lebih-lebih lagi kalau aku dah termuntah nak dekat 3 kali dan waktu tu aku dah terfikir nak masuk hospital..
~jahat ke aku?~
Sabtu,6 Ogos 2011,aku memang rasa tak sihat dan aku melayan kawan-kawan aku kat fb ala kadar aje. e.e Sedikit-sebanyak aku berasa agak serba-salah tapi nak buat macam mana? e.e
Lagipun,aku dah berikrar aku akan cuba jadi ceria dan dalam masa yang sama 'tak ada emosi' sebab aku dah serik.Aku tak nak ada orang yang meluat kat aku lagi walaupun adik aku selalu cakap,'jangan peningkan kepala kau fikirkan pasal orang lain'. e.e
~Bla Bla e.e~
Err,apa lagi ya? aku dah tak ada topik dah nak ceritakan kat sini.Hidup aku ni bukannya warna-warni macam cerita 'enchanted' tu.Tapi aku memang minat cerita tu pun.Cerita Beauty and the Beast tu pun best jugak.Cinderella,Snow White,Sleeping Beauty,Rapunzel, pergh..berapa banyak cerita dongeng yang ada kat dunia ni la. e.e
Labels: My "Perfect" Life