Hi! ^_^ Welcome to my blog Comment is appreciated. *giggle*
Disconoscimento
Hi, welcome to my garden. Please water my plant with the follow, that will make my plant become wealthy.
Navigazione

Profile Blog Links Joined Credits
Io Sono Io
Name's Nur Syuhadah. Baii. -w-

Doing...
Feeling : Bored
Eating : Pizza
Doing : Writing
Watching : Glee
Listening to : Bring me to Life

Giornaliero Letture
Destiny | Nurey Nadeshiko |
La storia del mio Passato
July 2011 | August 2011 | September 2011 | October 2011 | November 2011 |

Sakura X Syaoran ~
"Barajou No Kiss"
Hirasawa Yui ~
k on anime pictures">
Hari tertekan + Moody !!
Mukuro,Again ~ ^__^
lucky star pictures">
lucky star christmas pictures
RoXas And aXel
RoXas And aXel ~

Musica
videokeman mp3
Part of Me – Katy Perry Song Lyrics

"Potret Part I"
Written at Sunday, 10 July 2011 | back to top

Vintage Anime Girl
vintage anime girl pictures

Angin yang bertiup kencang tidak mematahkan semangat Hirai Hiiragi,16 tahun yang berasal dari Daerah Sendai,Jepun.Hirai mempunyai rambut yang berwarna hitam seperti orang-orang Jepun yang lain.Matanya berwarna hazel dan matanya seringkali menarik perhatian ramai pelajar di sekolahnya.Namun begitu,Hirai berasal dari keluarga yang susah dan anak muda berumur 16 tahun ini perlu melakukan kerja sambilan untuk mendapatkan sedikit wang bagi menolong keluarganya.Malangnya,kekurangan peluang pekerjaan membuatkan Hirai terpaksa memikirkan cara yang lain untuk menolong keluarganya.Pada suatu malam,Hiragi menerima sebuah panggilan telefon misteri.Hirai berasa ragu-ragu untuk menjawab panggilan telefon itu pada mulanya tetapi akhirnya dia mengalah setelah bunyi deringan telefon tersebut telah menganggu aktiviti harian keluarganya.

"Hello?" Tegur Hirai perlahan dan berhati-hati.Buat seketika,dia tidak mendengar sebarang suara dan berhajat  untuk meletakkan telefon itu kembali sehinggalah dia tiba-tiba mendengar suara seorang lelaki menegurnya dari hujung ganggang telefon.Hirai meneguk liur.Entah kenapa bulu romanya tiba-tiba meremang.

"Encik Hiiragi?"
"T-Tidak.Saya Hirai Hiiragi." Jawab Hirai agak gementar.Entah kenapa pemuda itu berasa tidak selesa dengan pemilik suara tersebut.Kalau diikutkan hati,mahu sahaja dia segera menamatkan perbualan telefon yang sia-sia itu.

"Saya dengar..encik perlukan pekerjaan betul tak?" Soal lelaki misteri itu tiba-tiba.Hirai terpaku di tepi ganggang telefon,tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.Serta-merta senyuman kecil terukir di bibirnya.

"Betul Tuan.S-Saya perlukan pekerjaan!" Ujarnya tanpa ragu-ragu.Hirai berharap agar lelaki misteri itu akan menjanjikannya sesuatu yang telah lama diingininya.Dia amat terdesak untuk mencari pekerjaan dan semua usahanya telah menemui jalan buntu.Hirai amat berharap keajaiban akan berlaku.Dan kini..seorang lelaki misteri telah muncul.Adakah ini keajaiban yang di harap-harapkan?

"Saya ada pekerjaan untuk awak Encik Hirai.Terus-terang saya katakan,pekerjaan ini terlalu senang dan tak layak digelar pekerjaan langsung.Tapi,saya amat terdesak dan saya perlukan seseorang untuk melakukan pekerjaan ni."

"Apakah maksud Tuan?"
"Sebuah potret.Saya mahu supaya Encik Hirai menyimpan sebuah potret dan saya akan membayar encik dengan sejumlah besar wang."

Hirai terkesima.Menyimpan sebuah potret dan dia akan dibayar dengan sejumlah besar wang? Adakah dia bermimpi? Tetapi mimpi itu terlalu mustahil! Hirai mencubit pipinya.Sakit..

"Ya Tuhan.."

Bersambung .. ~ :p

Labels: